Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bagi Allah ada malaikat turun pada setiap malam

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهِ ملائكةً يَنْزِلُونَ في كلِّ ليلةٍ، يَحْبِسُونَ الكَلَالَ عن دَوَابِّ الغُزَاةِ، إلا دابَّةً في عُنُقِهَا جَرَسٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya bagi Allah ada malaikat turun pada setiap malam bagi menghilangkan segala keletihan pada binatang tunggangan (ketika berperang), kecuali binatang yang terdapat loceng pada lehernya.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1036, hadis no. 5307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء - رضي الله عنه - قال: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله - تعالى - ملائكة ينزلون في كل ليلة يحسون الكلال عن دواب الغزاة، إلا دابة في عنقها جرس)). [طب، ((الضعيفة))(7116)].

(Munkar) Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi Allah ada malaikat turun pada setiap malam bagi menghilangkan segala keletihan pada binatang tunggangan (ketika berperang), kecuali binatang yang terdapat loceng pada lehernya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7116].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.