Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للَّهِ تسعةً وتسعينَ اسمًا مائةً غيرَ واحدٍ، ما مِن عبدٍ يدعو بِهذِهِ الأسماءِ إلَّا وجَبت لهُ الجنَّةُ، إنَّهُ وترٌ يحبُّ الوترَ: هوَ اللَّهُ الَّذي لا إلَهَ إلَّا هوَ الرَّحمنُ الرَّحيمُ الملِكُ القدُّوسُ السَّلامُ . . إلى قولِهِ : الرَّشيدُ الصَّبورُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi Allah ada 99 nama, 100 kecuali satu, tidak ada seorang hamba yang berdoa dengan nama-nama ini kecuali wajib baginya Syurga. Dia adalah ganjil (tunggal) dan menyukai perkara yang ganjil (bilangannya): "Dia adalah Allah yang tidak ada tuhan selain-Nya, Dia adalah al-Rahman dan al-Rahim, al-Malik, al-Quddus, al-Salam...hingga sabdanya:...al-Rasyid al-Sabur.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 874, hadis no. 4480. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya bagi Allah ada 99 nama, 100 kecuali satu, tidak ada seorang hamba yang berdoa dengan nama-nama ini kecuali wajib baginya Syurga. Dia adalah ganjil (tunggal) dan menyukai perkara yang ganjil (bilangannya): "Dia adalah Allah yang tidak ada tuhan selain-Nya, Dia adalah al-Rahman dan al-Rahim, al-Malik, al-Quddus, al-Salam...hingga sabdanya:...al-Rasyid al-Sabur.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2563].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman