Sesungguhnya bagi al-Quran ini ada kemuncaknya (kekuatan semangat yang dirasai oleh pembacanya/penghafaznya), kemudian bagi manusia pada al-Quran ada tempoh lemahnya

TEKS BAHASA ARAB

إن لهذا القرآن شرة، ثم إن للناس عنه فترة، فمن كانت فترته إلى القصد، فنعما هو، ومن كانت فترته إلى الإعراض؛ فأولئكم بور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi al-Quran ini ada kemuncaknya, kemudian bagi manusia pada al-Quran ada tempoh lemahnya. Barang siapa yang tempoh lemahnya ke arah mencari al-Quran maka dia berada dalam kebaikan dan barang siapa yang dalam tempoh lemahnya menjauhkan mereka daripadanya maka mereka akan binasa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1527, hadis nombor 7762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن لهذا القرآن شرة، ثم إن للناس عنه فترة، فمن كانت فترته إلى القصد، فنعما هو، ومن كانت فترته إلى الإعراض؛ فأولئكم بور)). [ع، الخطيب في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (5873)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya bagi al-Quran ini ada kemuncaknya (kekuatan semangat yang dirasai oleh pembacanya/penghafaznya), kemudian bagi manusia pada al-Quran ada tempoh lemahnya. Barang siapa yang ketika tempoh lemahnya dia kembali mencari al-Quran maka dia berada dalam kebaikan dan barang siapa yang ketika tempoh lemahnya menjauhkan dirinya daripada al-Quran maka mereka akan binasa. [Riwayat Abī Ya‘lā di dalam Musnadnya dan al-Khatib di dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5873].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs