Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن لهذا القرآن شرة، ثم إن للناس عنه فترة، فمن كانت فترته إلى القصد! ، فنعما هو، ومن كانت فترته إلى الإعراض؛ فأولئكم بور.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi al-Quran ini ada kemuncaknya, kemudian bagi manusia pada al-Quran ada tempoh lemahnya. Barang siapa yang tempoh lemahnya ke arah mencari al-Quran maka dia berada dalam kebaikan dan barang siapa yang dalam tempoh lemahnya menjauhkan mereka daripadanya maka mereka akan binasa.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1527, hadis no. 7762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya bagi al-Quran ini ada kemuncaknya (kekuatan semangat yang dirasai oleh pembacanya/penghafaznya), kemudian bagi manusia pada al-Quran ada tempoh lemahnya. Barang siapa yang ketika tempoh lemahnya dia kembali mencari al-Quran maka dia berada dalam kebaikan dan barang siapa yang ketika tempoh lemahnya menjauhkan dirinya daripada al-Quran maka mereka akan binasa. [Riwayat Abī Ya‘lā di dalam Musnadnya dan al-Khatib di dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5873].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman