Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bagi ahli al-Quran ketika setiap kali khatam, (mendapat) doa mustajab dan sepohon pokok di dalam syurga

Teks Bahasa Arab

إنَّ لِصاحبِ القرآنِ عِندَ كُلِّ خَتمَةٍ دعوةً مستجابةً، وشجرةً في الجنةِ، لو أنَّ غُرابًا طار مِنْ أصلِها لم يَنْتَهِ إلى فَرعِها حتى يُدركَه الهَرَمُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya bagi ahli al-Quran ketika setiap kali khatam, (mendapat) doa mustajab dan sepohon pokok di dalam syurga. Sekiranya seekor gagak terbang dari asal (bahagian paling bawah) pokok tersebut, ia tidak akan sampai ke hujungnya sehingga ia mencapai umur tua.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1453, hadis no. 7390. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن لصاحب القرآن عند كل ختمة دعوة مستجابة، وشجرة في الجنة، لو أن غراباً طار من أصلها لم ينته إلى فرعها حتى يدركه الهرم)). [خط، ((الضعيفة)) (3190)]

(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi ahli al-Quran ketika setiap kali khatam, (mendapat) doa mustajab dan sepohon pokok di dalam syurga. Sekiranya seekor gagak terbang dari asal (bahagian paling bawah) pokok tersebut, ia tidak akan sampai ke hujungnya sehingga ia mencapai umur tua. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3190]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.