Terdapat riwayat sokongan

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya azan itu adalah mudah

Teks Bahasa Arab

إِنَّ الأَذَانَ سَهْلٌ سَمْحٌ فَإِنْ كَانَ أَذَانُكَ سَهْلا سَمْحًا وَإِلا فَلَا تؤذن.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya azan itu adalah mudah. Jika azan engkau itu adalah mudah maka laungkanlah. Jika tidak jangan laungkan azan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Terdapat riwayat sokongan

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«إن الأذان سهل سمح فإن كان أذانك سهلا سمحا وإلا فلا تؤذن» قاله لمؤذن يطرب. قال الصغاني موضوع، وفي اللآلئ قال ابن حبان لا أصل له فيه إسحاق لا تحل الرواية عنه، قلت رجع ابن حبان عنه وذكره في الثقات والحديث أخرجه الدارقطني وله شاهد عن عمر ابن عبد العزيز.

“Sesungguhnya azan itu adalah mudah. Jika azan engkau itu adalah mudah maka laungkanlah. Jika tidak jangan laungkan azan.” Baginda sebutkan pada seorang muazin yang suka melagukan. al-Saghani berkata ia adalah hadith palsu. Dalam kitab al-La’ali menyebut: Ibn Hibban berkata: Hadith ini tiada asalnya. Di dalamnya terdapat seorang perawi yang bernama Ishak. Tidak boleh meriwayatkan hadith daripadanya. Aku mengatakan: Ibn Hibban menarik kembali pandangannya dan menyebutnya di dalam kitab al-Thiqat. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Daraqutni. Ia mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada Umar Bin Abdul Aziz.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.