Sesungguhnya asbab kepada seorang hamba-Nya yang salih, Allah akan menyelamatkan 100 ahli rumah jiran-jirannya daripada bala

TEKS BAHASA ARAB

إن الله ليدفع بالمسلم الصالح عن مائة أهل بيت من جيرانه البلاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya asbab kepada seorang hamba-Nya yang salih, Allah akan menyelamatkan 100 ahli rumah jiran-jirannya daripada bala yang menimpa mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 17, hadis nombor 30. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن الله ليدفع بالمسلم الصالح عن مائة أهل بيت من جيرانه البلاء)).
[عق، ابن جرير، الواحدي في ((تفسير الوسيط))، ((الضعيفة)) (815)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya asbab kepada seorang hamba-Nya yang salih, Allah akan menyelamatkan 100 ahli rumah jiran-jirannya daripada bala yang menimpa mereka.
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Ibn Jarir, al-Wahidi dalam Tafsir al-Wasith. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.815]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs