Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ الله لَيَدفَع بالمسلم الصَالِح عن مائة أهلَ بيتٍ من جيرانه البلاء.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya asbab kepada seorang hamba-Nya yang salih, Allah akan menyelamatkan 100 ahli rumah jiran-jirannya daripada bala yang menimpa mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 17, hadis no. 30. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إن الله ليدفع بالمسلم الصالح عن مائة أهل بيت من جيرانه البلاء)). [عق، ابن جرير، الواحدي في ((تفسير الوسيط))، ((الضعيفة)) (815)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya asbab kepada seorang hamba-Nya yang salih, Allah akan menyelamatkan 100 ahli rumah jiran-jirannya daripada bala yang menimpa mereka. [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Ibn Jarir, al-Wahidi dalam Tafsir al-Wasith. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.815]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman