Sesungguhnya api kamu ini adalah satu bahagian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن ناركم هذه جزء من سبعين جزءاً من نار جهنم، ولولا أنها أطفئت بالماء مرتين ما ‌انتفعتم ‌بها، وإنها لتدعو الله -عز وجل- أن لا يعيدها فيها

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya api kamu ini adalah satu bahagian daripada 70 bahagian api neraka jahanam. Kalaulah bukan kerana ia dipadamkan oleh air dua kali nescaya kamu tidak akan dapat mengambil manfaat darinya. Sesungguhnya ia telah berdoa kepada Allah agar tidak dikembalikan pada kepanasan asalnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 662, hadis nombor 3419. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن ناركم هذه جزء من سبعين جزءا من نار جهنم، ولولا أنها أطفئت بالماء مرتين ما ‌انتفعتم ‌بها، وإنها لتدعو الله -عز وجل- أن لا يعيدها فيها)). [هــ، ((الضعيفة)) (3208)]

(Sangat lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya api kamu ini adalah satu bahagian daripada 70 bahagian api neraka jahanam. Kalaulah bukan kerana ia dipadamkan oleh air dua kali nescaya kamu tidak akan dapat mengambil manfaat darinya. Sesungguhnya ia telah berdoa kepada Allah agar tidak dikembalikan pada kepanasan asalnya.” [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3208]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.