Sesungguhnya apabila seseorang sedang mendirikan solat, ketika dia sedang sujud, dan datang seorang lelaki lain yang memijak tengkuknya

TEKS BAHASA ARAB

كان رجل يصلي، فلما سجد، أتاه رجل، فوطئ على رقبته، فقال الذي تحته: والله لا يغفر له أبدا! فقال الله – عز وجل-: تألى علي عبدي أن لا أغفر لعبدي! فإني قد غفرت له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya apabila seseorang sedang mendirikan solat, ketika dia sedang sujud, dan datang seorang lelaki lain yang memijak tengkuknya (tengkuk orang yang sedang sujud). Dan yang dipijak pula berkata: Demi Allah, engkau tidak akan diampunkan (oleh Allah) selamanya! Maka Allah Azzawajalla berfirman: Hamba-Ku telah melampaui-Ku dengan berkata bahwa aku tidak akan mengampunkan dosa hamba-Ku! Maka (ketahuilah) sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosanya (orang yang memijak).

STATUS

Munkar dengan menyebut solat dan sujud

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 547, hadis nombor 2863. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (الصلاة والسجود)) عن عبدالله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((كان رجل يصلي، فلما سجد، أتاه رجل، فوطئ على رقبته، فقال الذي تحته: والله لا يغفر له أبدا! فقال الله – عز وجل -: تألى علي عبدي أن لا أغفر لعبدي! فإني قد غفرت له)). [طب، ((الضعيفة))(6015)]

(Munkar dengan menyebut solat dan sujud)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya apabila seseorang sedang mendirikan solat, ketika dia sedang sujud, dan datang seorang lelaki lain yang memijak tengkuknya (tengkuk orang yang sedang sujud). Dan yang dipijak pula berkata: Demi Allah, engkau tidak akan diampunkan (oleh Allah) selamanya! Maka Allah Azzawajalla berfirman: Hamba-Ku telah melampaui-Ku dengan berkata bahwa aku tidak akan mengampunkan dosa hamba-Ku! Maka (ketahuilah) sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosanya (orang yang memijak).
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6015]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs