Sesungguhnya apabila seorang hamba itu berdiri dalam solat, sesungguhnya dia berada di hadapan Yang Maha Penyayang

TEKS BAHASA ARAB

إن العبد إذا قام في الصلاة فإنه بين عيني الرحمن، فإذا التفت قال له الرب: يا ابن آدم إلى من تلتفت؟! إلى من [هو] خير لك مني؟! ابن آدم أقبل على صلاتك فأنا خير لك ممن تلتفت إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya apabila seorang hamba itu berdiri dalam solat, sesungguhnya dia berada di hadapan Yang Maha Penyayang. Maka apabila dia berpaling, Tuhan berkata padanya: "Wahai anak Adam! Kepada siapa engkau berpaling? Adakah kepada [seseorang] yang lebih baik bagimu daripada-Ku? Anak Adam! Menghadaplah (kepada-Ku) dalam solatmu, kerana Aku ini lebih baik bagimu daripada orang yang engkau berpaling kepadanya".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 358, hadis nombor 1905. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إنَّ العبدَ إذا قامَ في الصَّلاةِ فإنَّهُ بينَ عَينيِ الرَّحمنِ، فإذا التفَتَ قالَ لَهُ الرَّبُّ: يا ابنَ آدمَ إلى من تَلتفتُ؟! إلى مَن [هو] خيرٌ لَكَ منِّي؟! ابنَ آدمَ أقبِلْ على صلاتِكَ فأنا خيرٌ لَكَ ممَّن تلتفِتُ إليْهِ». [عق، البزار، «الضعيفة» (1024)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya apabila seorang hamba itu berdiri dalam solat, sesungguhnya dia berada di hadapan Yang Maha Penyayang. Maka apabila dia berpaling, Tuhan berkata padanya: "Wahai anak Adam! Kepada siapa engkau berpaling? Adakah kepada [seseorang] yang lebih baik bagimu daripada-Ku? Anak Adam! Menghadaplah (kepada-Ku) dalam solatmu, kerana Aku ini lebih baik bagimu daripada orang yang engkau berpaling kepadanya". [Diriwayatkan oleh al-‘Uqayli dalam al-Du‘afa’ dan al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1024].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs