Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ العبدَ إذا قامَ في الصَّلاةِ فإنَّهُ بينَ عَينيِ الرَّحمنِ، فإذا التفَتَ قالَ لَهُ الرَّبُّ: يا ابنَ آدمَ إلى من تَلتفتُ؟! إلى مَن [هو] خيرٌ لَكَ منِّي؟! ابنَ آدمَ أقبِلْ على صلاتِكَ فأنا خيرٌ لَكَ ممَّن تلتفِتُ إليْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya apabila seorang hamba itu berdiri dalam solat, sesungguhnya dia berada di hadapan Yang Maha Penyayang. Maka apabila dia berpaling, Tuhan berkata padanya: "Wahai anak Adam! Kepada siapa engkau berpaling? Adakah kepada [seseorang] yang lebih baik bagimu daripada-Ku? Anak Adam! Menghadaplah (kepada-Ku) dalam solatmu, kerana Aku ini lebih baik bagimu daripada orang yang engkau berpaling kepadanya".
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 358, hadis no. 1905. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إنَّ العبدَ إذا قامَ في الصَّلاةِ فإنَّهُ بينَ عَينيِ الرَّحمنِ، فإذا التفَتَ قالَ لَهُ الرَّبُّ: يا ابنَ آدمَ إلى من تَلتفتُ؟! إلى مَن [هو] خيرٌ لَكَ منِّي؟! ابنَ آدمَ أقبِلْ على صلاتِكَ فأنا خيرٌ لَكَ ممَّن تلتفِتُ إليْهِ». [عق، البزار، «الضعيفة» (1024)].
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya apabila seorang hamba itu berdiri dalam solat, sesungguhnya dia berada di hadapan Yang Maha Penyayang. Maka apabila dia berpaling, Tuhan berkata padanya: "Wahai anak Adam! Kepada siapa engkau berpaling? Adakah kepada [seseorang] yang lebih baik bagimu daripada-Ku? Anak Adam! Menghadaplah (kepada-Ku) dalam solatmu, kerana Aku ini lebih baik bagimu daripada orang yang engkau berpaling kepadanya". [Diriwayatkan oleh al-‘Uqayli dalam al-Du‘afa’ dan al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1024].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman