sesungguhnya apabila Rasulullah SAW keluar untuk peperangan maka pertemuan terakhirnya adalah dengan Fatimah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا خرج في غزاة؛ كان آخر عهده بفاطمة، وإذا قدم من غزاة؛ كان أول عهده بفاطمة رضوان الله عليها، فإنه خرج لغزو تبوك ومعه علي رضوان الله عليه، فقامت فاطمة فبسطت في بيتها بساطا، وعلقت على بابها سترا، وصبغت مِقْنَعَتَها بزعفران، فلما قدم أبوها صلى الله عليه وسلم، ورأى ما أحدثت؛ رجع فجلس في المسجد، فأرسلت إلى بلال فقالت: يا بلال اذهب إلى أبي، فسَلْه ما يرده عن بابي، فأتاه،فسأله، فقال صلى الله عليه وسلم: ((إني رأيتها أحدثت ثم شيئا)) . فأخبرها، فهتكت الستر، ورفعت البساط، وألقت ما عليها، ولبست أطمارها، فأتاه بلال فأخبره، فأتاها فاعتنقها وقال: ((هكذا كوني، فداك أبي وأمي))

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya apabila Rasulullah SAW keluar untuk peperangan maka pertemuan terakhirnya adalah dengan Fatimah. Dan apabila baginda kembali daripada peperangan maka pertemuan awalnya adalah Fatimah RA. Apabila Baginda keluar untuk peperangan Tabuk dan bersamanya Ali RA. Lalu Fatimah menghamparkan permaidani di rumahnya dan menggantungkan penghadang pada pintunya, lalu dia mewarnakan penutup kepalanya dengan za’faran. Apabila ayahnya Rasulullah SAW datang dan melihat apa yang dia lakukan, Baginda pulang dan duduk di masjid. Lalu Fatimah mengutus Bilal dan berkata: Wahai Bilal! Pergilah kepada ayahku dan tanyakan kepadanya apa yang menyebabkannya berpaling daripada pintuku, maka Bilal pun pergi kepadanya dan bertanya kepada Nabi SAW. Nabi SAW menjawab: Sesungguhnya aku melihat dia melakukan sesuatu yang baharu. Lalu Bilal memberitahunya dan Fatimah pun membuka penghadang itu, mengangkat permaidani serta menanggalkan apa yang sedang dia pakai dan memakai pakaian lamanya. Maka Bilal pun pergi kepada Nabi SAW dan memberitahu baginda (akan hal itu) lalu Nabi pun datang pada Fatimah dan memeluknya dan Baginda bersabda: Beginilah yang sepatutnya engkau jadi, apa saja untukmu walau ayah dan ibuku menjadi galang ganti.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1551, hadis nombor 7867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عَن ابْنِ عُمَرَ -رضي الله عنهما-، قال: أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان إذا خرج في غزاة؛ كان آخر عهده بفاطمة، وإذا قدم من غزاة؛ كان أول عهده بفاطمة رضوان الله عليها، فإنه خرج لغزو تبوك ومعه عليّ رضوان الله عليه، فقامت فاطمة فبسطت في بيتها بساطاً، وعلقت على بابها ستراً، وصبغت مِقْنَعَتَها بزعفران، فلما قدم أبوها صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ورأى ما أحدثت؛ رجع فجلس في المسجد، فأرسلت إلى بلال فقالت: يا بلال اذهب إلى أبي، فسَلْه ما يرده عن بابي، فأتاه،فسأله، فقال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إني رأيتها أحدثتْ ثَمَّ شيئاً)) . فأخبرها، فهتكت الستر، ورفعت البساط، وألقت ما عليها، ولبست أطمارها، فأتاه بلال فأخبره، فأتاها فاعتنقها وقال: ((هكذا كوني، فداك أبي وأمي)) [حب، ((الضعيفة)) (6269)]

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA beliau berkata bahawa sesungguhnya apabila Rasulullah SAW keluar untuk peperangan maka pertemuan terakhirnya adalah dengan Fatimah. Dan apabila baginda kembali daripada peperangan maka pertemuan awalnya adalah Fatimah RA. Apabila Baginda keluar untuk peperangan Tabuk dan bersamanya Ali RA. Lalu Fatimah menghamparkan permaidani di rumahnya dan menggantungkan penghadang pada pintunya, lalu dia mewarnakan penutup kepalanya dengan za’faran. Apabila ayahnya Rasulullah SAW datang dan melihat apa yang dia lakukan, Baginda pulang dan duduk di masjid. Lalu Fatimah mengutus Bilal dan berkata: Wahai Bilal! Pergilah kepada ayahku dan tanyakan kepadanya apa yang menyebabkannya berpaling daripada pintuku, maka Bilal pun pergi kepadanya dan bertanya kepada Nabi SAW. Nabi SAW menjawab: Sesungguhnya aku melihat dia melakukan sesuatu yang baharu. Lalu Bilal memberitahunya dan Fatimah pun membuka penghadang itu, mengangkat permaidani serta menanggalkan apa yang sedang dia pakai dan memakai pakaian lamanya. Maka Bilal pun pergi kepada Nabi SAW dan memberitahu baginda (akan hal itu) lalu Nabi pun datang pada Fatimah dan memeluknya dan Baginda bersabda: Beginilah yang sepatutnya engkau jadi, apa saja untukmu walau ayah dan ibuku menjadi galang ganti.”
[Riwayat Sahih Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6269]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.