Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya apabila mencipta akal, Allah berfirman kepadanya: “Datanglah”, lalu akal datang

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: إِن الله خلق الْعقل، قَالَ لَهُ: أقبل، فَأقبل، ثمَّ قَالَ لَهُ: أدبر، فَأَدْبَرَ فَقَالَ: وَعِزَّتِي وَجَلَالِي، مَا خلقت خلقا أشرف مِنْك، بك آخذ، وَبِك أعطي.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesungguhnya apabila mencipta akal, Allah berfirman kepadanya: “Datanglah”, lalu akal datang. Allah berkata: “Undurlah,” maka akal pun berundur. Allah lalu berkata: “Demi Keagungan dan Kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan makhluk yang lebih mulia daripadamu. Denganmu, aku mengambil. Dan denganmu, aku memberi."

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 53-54, hadis no. 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية وغيره: موضوع باتفاق.

Ibn Taimiyyah dan lain-lain berkata: Disepakati palsu.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.