Sesungguhnya apabila Baginda (Nabi SAW) ditimpa penyakit demam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا حم؛ دعا بقربة من ماء، فأفرغها على قرنه، فاغتسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya apabila Baginda ditimpa penyakit demam, maka Baginda memohon agar diberikan bekas air yang diperbuat daripada kulit (dan di dalam bekas itu berisi air), lalu dituangkan air tersebut di atas kepalanya, lalu Baginda pun mandi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1180, hadis nombor 5974. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة بن جندب – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – كان إذا حم؛ دعا بقربة من ماء، فأفرغها على قرنه، فاغتسل. [الأنصاري في ((جزئه))، ك، ((الضعيفة)) (4184)]

(Lemah)
Daripada Samurah bin Jundab RA, sesungguhnya apabila Baginda ditimpa penyakit demam, maka Baginda memohon agar diberikan bekas air yang diperbuat daripada kulit (dan di dalam bekas itu berisi air), lalu dituangkan air tersebut di atas kepalanya, lalu Baginda pun mandi.
[Riwayat al-Ansari dalam Juzunya dan al-Hakim dalam Mustadrak beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 4184]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.