Sesungguhnya apabila Allah mengasihi hamba-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله إذا أحب عبدا وأراد أن يصافيه؛ صب عليه البلاء صبا، وثجه عليه ثجا، فإذا دعا العبد، قال: يا رباه! قال الله: لبيك عبدي! لا تسألني شيئا إلا أعطيتك، إما أن أعجله لك، وإما أن أدخره لك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya apabila Allah mengasihi hamba-Nya, dan ingin menyucikannya, maka Dia akan menimpakannya ujian yang susah, dia juga akan menimpakan kesusahan kepadanya, dan apabila hamba itu berdoa, dia berkata: Wahai Tuhanku! Maka Allah akan menjawab: Wahai hamba-Ku! Tidaklah kamu meminta kepada-Ku melainkan Aku yang akan mengurniakannya kepada-Mu, samada Aku akan menyegerakan untukmu atau Aku akan menyimpannya untukmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2028, hadis nombor 10203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: إن الله إذا أحب عبدا وأراد أن يصافيه، صب عليه البلاء صبا، وثجه عليه ثجا، فإذا دعا العبد، قال: يا رباه! قال الله: لبيك عبدي! لا تسألني شيئا إلا أعطيتك، إما أن أعجله لك، وإما أن أدخره لك.
[ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات))، ((الضعيفة)) (4993)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya apabila Allah mengasihi hamba-Nya, dan ingin menyucikannya, maka Dia akan menimpakannya ujian yang susah, dia juga akan menimpakan kesusahan kepadanya, dan apabila hamba itu berdoa, dia berkata: Wahai Tuhanku! Maka Allah akan menjawab: Wahai hamba-Ku! Tidaklah kamu meminta kepada-Ku melainkan Aku yang akan mengurniakannya kepada-Mu, samada Aku akan menyegerakan untukmu atau Aku akan menyimpannya untukmu.
[Riwayat Ibn Abu Dunya dalam al-Marda wal al-Kaffarat, al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4993]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs