Sesungguhnya apabila Allah hendak menjadikan satu kaum itu mulia

TEKS BAHASA ARAB

إن الله إذا جعل لقوم عمادا أعانهم بالنصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya apabila Allah hendak menjadikan satu kaum itu mulia, Allah akan membantu mereka dengan kemenangan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1014, hadis nombor 5220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)عن صفوان بن صفوان بن أسيد رضي الله عنه قال قال رسول الله ﷺ: إن الله إذا جعل لقوم عمادا، أعانهم بالنصر. [ابن قانع في معجم الصحابة, الضعيفة (5866)]

(Sangat lemah) Daripada Safwan bin Safwan bin Usaid RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya apabila Allah hendak menjadikan satu kaum itu mulia, Allah akan membantu mereka dengan kemenangan.[Riwayat Ibn Qani’ dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5866]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs