Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ إذا جعلَ لقَومٍ عِمادًا أَعانَهُم بالنُّصرَ
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya apabila Allah hendak menjadikan satu kaum itu mulia, Allah akan membantu mereka dengan kemenangan.
Sahabat Perawi
- Safwan bin Safwan bin Usaid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1014, hadis no. 5220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)عن صفوان بن صفوان بن أسيد رضي الله عنه قال قال رسول الله ﷺ: إن الله إذا جعل لقوم عمادا، أعانهم بالنصر. [ابن قانع في معجم الصحابة, الضعيفة (5866)]
(Sangat lemah) Daripada Safwan bin Safwan bin Usaid RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya apabila Allah hendak menjadikan satu kaum itu mulia, Allah akan membantu mereka dengan kemenangan.[Riwayat Ibn Qani’ dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5866]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman