Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا تعجبون من أسامة؟! اشترى إلى شهر! إن أسامة لطويل الأمل. والذي نفسي بيده! ما طرفت عيناي إلا ظننت أن شفري لا يلتقيان حتى يقبض الله روحي، ولا رفعت طرفي فظننت أني واضعه حتى أقبض، ولا لقمت إلا ظننت أني لا أسيغها حتى أغص بها من الموت، يا بني آدم! إن كنتم تعقلون فعدوا أنفسكم من الموتى. والذي نفسي بيده؛ {إن ما توعدون لآت وما أنتم بمعجزين}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidakkah kamu merasa pelik dengan Usamah? Dia membeli (hamba) untuk sebulan! Sesungguhnya Usamah mempunyai angan-angan yang panjang. Demi jiwaku di tangan-Nya! Tidak berkelip mataku kecuali aku menyangka bahawa dua hujung badanku tidak berjumpa sehingga Allah SWT mencabut nyawaku. Tidak aku mengangkat kelopak mataku lalu aku menyangka aku akan meletakkannya sehingga aku dicabut nyawaku, tidak aku makan sesuatu kecuali aku menyangka aku tidak akan menggigitnya sehingga maut menjemputku. Wahai Anak Adam! Jika kamu berfikir maka anggaplah kamu akan menjadi mayat. Demi nyawaku yang berada di tangan-Nya; ‘Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu)’.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 620, hadis nombor 3226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه-، قال: اشترى أسامة بن زيد بن ثابت وليدة بمئة دينار إلى شهر فسمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((ألا تعجبون من أسامة؟! اشترى إلى شهر! إن أسامة لطويل الأمل. والذي نفسي بيده! ما طرفت عيناي إلا ظننت أن شفري لا يلتقيان حتى يقبض الله روحي، ولا رفعت طرفي فظننت أني واضعه حتى أقبض، ولا لقمت إلا ظننت أني لا أسيغها حتى أغص بها من الموت، يا بني آدم! إن كنتم تعقلون فعدوا أنفسكم من الموتى. والذي نفسي بيده؛ {إن ما توعدون لآت وما أنتم بمعجزين})) [ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4977)].

(Lemah)
Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Usamah bin Zaid bin Thabit membeli seorang hamba perempuan, dengan harga 100 dinar selama sebulan. Lalu aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Tidakkah kamu merasa pelik dengan Usamah? Dia membeli (hamba) untuk sebulan! Sesungguhnya Usamah mempunyai angan-angan yang panjang. Demi jiwaku di tangan-Nya! Tidak berkelip mataku kecuali aku menyangka bahawa dua hujung badanku tidak berjumpa sehingga Allah SWT mencabut nyawaku. Tidak aku mengangkat kelopak mataku lalu aku menyangka aku akan meletakkannya sehingga aku dicabut nyawaku, tidak aku makan sesuatu kecuali aku menyangka aku tidak akan menggigitnya sehingga maut menjemputku. Wahai Anak Adam! Jika kamu berfikir maka anggaplah kamu akan menjadi mayat. Demi nyawaku yang berada di tangan-Nya; ‘Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu)’.))
[Riwayat Ibn Abi Dunya dalam Qasr al-Amal, Abu Nuaym dalam al-Hilyah, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4977]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.