Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ألا تعجبون من أسامة؟! اشترى إلى شهر! إن أسامة لطويل الأمل. والذي نفسي بيده! ما طرفت عيناي إلا ظننت أن شفري لا يلتقيان حتى يقبض الله روحي، ولا رفعت طرفي فظننت أني واضعه حتى أقبض، ولا لقمت إلا ظننت أني لا أسيغها حتى أغص بها من الموت، يا بني آدم! إن كنتم تعقلون فعدوا أنفسكم من الموتى. والذي نفسي بيده؛ {إن ما توعدون لآت وما أنتم بمعجزين}.
Teks Bahasa Melayu
Tidakkah kamu merasa pelik dengan Usamah? Dia membeli (hamba) untuk sebulan! Sesungguhnya Usamah mempunyai angan-angan yang panjang. Demi jiwaku di tangan-Nya! Tidak berkelip mataku kecuali aku menyangka bahawa dua hujung badanku tidak berjumpa sehingga Allah SWT mencabut nyawaku. Tidak aku mengangkat kelopak mataku lalu aku menyangka aku akan meletakkannya sehingga aku dicabut nyawaku, tidak aku makan sesuatu kecuali aku menyangka aku tidak akan menggigitnya sehingga maut menjemputku. Wahai Anak Adam! Jika kamu berfikir maka anggaplah kamu akan menjadi mayat. Demi nyawaku yang berada di tangan-Nya; 'Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu)'.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 620, hadis no. 3226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه-، قال: اشترى أسامة بن زيد بن ثابت وليدة بمئة دينار إلى شهر فسمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: ((ألا تعجبون من أسامة؟! اشترى إلى شهر! إن أسامة لطويل الأمل. والذي نفسي بيده! ما طرفت عيناي إلا ظننت أن شفري لا يلتقيان حتى يقبض الله روحي، ولا رفعت طرفي فظننت أني واضعه حتى أقبض، ولا لقمت إلا ظننت أني لا أسيغها حتى أغص بها من الموت، يا بني آدم! إن كنتم تعقلون فعدوا أنفسكم من الموتى. والذي نفسي بيده؛ {إن ما توعدون لآت وما أنتم بمعجزين})) [ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4977)].
(Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Usamah bin Zaid bin Thabit membeli seorang hamba perempuan, dengan harga 100 dinar selama sebulan. Lalu aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Tidakkah kamu merasa pelik dengan Usamah? Dia membeli (hamba) untuk sebulan! Sesungguhnya Usamah mempunyai angan-angan yang panjang. Demi jiwaku di tangan-Nya! Tidak berkelip mataku kecuali aku menyangka bahawa dua hujung badanku tidak berjumpa sehingga Allah SWT mencabut nyawaku. Tidak aku mengangkat kelopak mataku lalu aku menyangka aku akan meletakkannya sehingga aku dicabut nyawaku, tidak aku makan sesuatu kecuali aku menyangka aku tidak akan menggigitnya sehingga maut menjemputku. Wahai Anak Adam! Jika kamu berfikir maka anggaplah kamu akan menjadi mayat. Demi nyawaku yang berada di tangan-Nya; 'Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu)'.)) [Riwayat Ibn Abi Dunya dalam Qasr al-Amal, Abu Nuaym dalam al-Hilyah, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4977]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman