Sesungguhnya antara sifat tawaduk kerana Allah adalah seseorang itu redha dengan tempat yang hina berbanding tempat yang mulia dalam suatu majlis

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن من التواضع لله، الرضى بالدون من شرف المجلس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya antara sifat tawaduk kerana Allah adalah seseorang itu redha dengan tempat yang hina berbanding tempat yang mulia dalam suatu majlis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 188, hadis nombor 966. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن طلحة بن عبيد الله – رضي الله عنه – أتى مجلس قوم، فأوسعوا له من كل ناحية، فجلس في صدر المجلس في أدناه، ثم قال لهم: إني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن من التواضع لله، الرضى بالدون من شرف المجلس)).
[طب، عد، الضياء، ((الضعيفة)) (‌‌‌‌1542)]

(Lemah)
Daripada Talhah bin ‘Ubaydillah RA beliau menceritakan: Bahawa beliau datang kepada satu majlis sebuah kaum. Lalu mereka melapangkan kedudukan untuknya dari segenap sudut. Kemudian beliau pun duduk di penjuru majlis di tempat yang paling rendah. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya aku pernah mendengar bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara sifat tawaduk kerana Allah adalah, seseorang itu redha dengan tempat yang hina berbanding tempat yang mulia dalam suatu majlis.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’ dan al-Diya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1542]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.