Sesungguhnya antara perkara yang mendatangkan keampunan

TEKS BAHASA ARAB

إن من موجبات المغفرة إدخالك السرور على أخيك المسلم: إشباع جوعته، وتنفيس كربته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya antara perkara yang mendatangkan keampunan ialah kamu memberikan kegembiraan kepada saudara seislam kamu, mengenyangkan kelaparannya, serta mepermudahkan kesulitannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 51, hadis nombor 210. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن من موجبات المغفرة إدخالك السرور على أخيك المسلم: إشباع جوعته، وتنفيس كربته.)) [أبو بكر بن خلاد في ((الجزء الثاني من حديثه))، حل، ((الضعيفة)) (3206)].

(Munkar)
Daripada Jābir ibn ‘Abdullah RA secara marfū‘ ( disandarkan kepada Nabi SAW ): ((Sesungguhnya antara perkara yang mendatangkan keampunan ialah kamu memberikan kegembiraan kepada saudara seislam kamu, mengenyangkan kelaparannya, serta mepermudahkan kesulitannya.))
[Riwayat Abū Bakr ibn Khallād dalam juzuk kedua daripada hadis beliau, dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3206.].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs