Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ مِنْ موجِباتِ المغفرةِ إدخالَك السُّرورَ على أخيك المسلمِ: إشباعَ جَوْعَتِه ، وتنفيسَ كُرْبَتِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya antara perkara yang mendatangkan keampunan ialah kamu memberikan kegembiraan kepada saudara seislam kamu, mengenyangkan kelaparannya, serta mepermudahkan kesulitannya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 51, hadis no. 210. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن من موجبات المغفرة إدخالك السرور على أخيك المسلم: إشباع جوعته، وتنفيس كربته.)) [أبو بكر بن خلاد في ((الجزء الثاني من حديثه))، حل، ((الضعيفة)) (3206)].
(Munkar) Daripada Jābir ibn ‘Abdullah RA secara marfū‘ ( disandarkan kepada Nabi SAW ): ((Sesungguhnya antara perkara yang mendatangkan keampunan ialah kamu memberikan kegembiraan kepada saudara seislam kamu, mengenyangkan kelaparannya, serta mepermudahkan kesulitannya.)) [Riwayat Abū Bakr ibn Khallād dalam juzuk kedua daripada hadis beliau, dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3206.].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman