Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ من السُّنَّةِ أن يَخرُجَ الرَّجلُ مع ضيفِه إلى بابِ الدَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya antara perbuatan sunnah adalah seorang lelaki itu keluar bersama tetamunya sehingga ke pintu rumah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 169, hadis no. 846. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: إنَّ من السُّنَّةِ أن يَخرُجَ الرَّجلُ مع ضيفِه إلى بابِ الدَّارِ. [ه، ابن العربي، القضاعي، ((الضعيفة)) (658)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara Marfu’: Sesungguhnya antara perbuatan sunnah adalah seorang lelaki itu keluar bersama tetamunya sehingga ke pintu rumah. [Riwayat Ibn Majah, Ibn al-A’rabi, al-Qudha’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 258]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman