Sesungguhnya antara perbuatan memuliakan aku adalah dengan memuliakan orang-orang tua

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن من إجلالي توقير الشيخ من أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya antara perbuatan memuliakan aku adalah dengan memuliakan orang-orang tua dalam kalangan umatku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 151 hadis nombor 763. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن من إجلالي توقير الشيخ من أمتي.
[الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (7122)]

(Palsu)
Daripada Anas RA berkata, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya antara perbuatan memuliakan aku adalah dengan memuliakan orang-orang tua dalam kalangan umatku.
[Riwayat al-Khatib dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7122]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.