Sesungguhnya antara manusia yang paling dapat menahan diri daripada melakukan pembunuhan adalah orang yang beriman

TEKS BAHASA ARAB

إن من أعف الناس قتلة أهل الإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya antara manusia yang paling dapat menahan diri daripada melakukan pembunuhan adalah orang yang beriman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 37, hadis nombor 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (2666) وابن الجارود (840) وأبو يعلى (ج 8/ رقم 4973) والبيهقي (9/ 71) من طريق هشيم بن بشير، أخبرنا مغيرة بن مقسم، عن شباك، عن إبراهيم عن هني بن نويرة عن علقمة عن ابن مسعود فذكره مرفوعاً. وقد رواه عن هشيم جماعة منهم: محمد بن عيسى، وزياد أيوب، وزهير بن حرب . وخالفهم يعقوب بن إبراهيم الدورقي، فرواه عن هشيم به. لكنه أسقط هني بن نويرة من الإسناد. أخرجه ابن ماجه (2681) . فهذان وجهان في الاختلاف عن هشيم به. ووجه ثالث: رواه جرير بن عبد الحميد، عن هشيم عن مغيرة عن إبراهيم عن هني بن نويرة عن علقمة عن ابن مسعود مرفوعاً. أخرجه ابن حبان (ج7/ رقم 5962) . فسقط ذكر شباك الضبي . ووجه رابع: رواه سريج بن النعمان عن هشيم أنبأنا المغيرة عن إبراهيم بن علقمة عن ابن مسعود،مرفوعاً. أخرجه أحمد (1/ 393) ثنا سريج به.
فسقط ذكر شباك الضبي، و هني بن نويرة.
قلت: فهذا اختلاف شديد عن هشيم فيه. يترجح عندي من هذا الاختلاف الوجه الأول الذي رواه محمد بن عيسى وغيره، لا سيما وقد توبع هشيم عليه، تابعه شعبة بن الحجاج، فرواه عن مغيرة، عن شباك، عن إبراهيم عن هني بن نويرة عن علقمة، عن ابن مسعود مرفوعاً. أخرجه ابن ماجه (2682) وأبو يعلى
(ج 8/ رقم 4974) قالا: حدثنا عثمان بن أبي شيبة، ثنا غندر، عن شعبة به. وقد خولف عثمان فيه. خالفه الإمام أحمد بن حنبل، فرواه في مسند (1/ 393) قال: حدثنا محمد، عن شعبة، به إلا أنه أسقط شباك الضبي ومحمد هو ابن جعفر، غندر. وأحمد بن حنبل أوثق من عثمان بن أبي شيبة لا شك في ذلك، غير أنه رواية عثمان هي المحفوظة في نظري، لمطابقتها لرواية جماعة من الثقات عن هشيم كما عند أبي داود وغيره. أما رواية الإمام أحمد، فالشأن فيها إنما هو في تدليس المغيرة بن مقسم، وأرى أنه دلس شباكاً فأسقطه، والأخذ بالزائد أولى. والله أعلم.
واغتر الشيخ أبو الأشبال أحمد بن محمد شاكر بظاهر الإسناد الذي وقع في المسند فقال (5/ 275) :
إسناده صحيح وإذ قد رجحنا الوجه الأول من الخلاف فلننظر فيه، فنرى فيه عنعنة المغيرة، وشباك الضبي، ثمَّ هني بن نويرة، وثقه ابن حبان، وما روى عنه غيرإبراهيم النخعي ورجل يكنى بـ أبي جبيرة، ولم أعرفه، فتوثيق ابن حبان لهذه الطبقة وما فوقها مما يتوقف فيهِ الباحث لتساهله المعهود. وأما قول أبي داود: كانَ من العباد فلا يعني أنه وثقه كَمَا هو جلي ظاهر، فقول الشيخ أبي الشبال فيهِ أنه ثقة ، هِيَ من تجاوزاته المعروفة لدى أهل العلم بالحديث. ثمَّ رأيت للحديث طريقاً آخر عن إبراهيم. فأخرجه عبد الرزاق في المصنف (18232) ، ومن طريقه الطبراني في الكبير (ج 9/ رقم 9737) عن سفيان الثوري، عن الأعمش، عن إبراهيم، عن علقمة قالَ: قالَ ابن مسعود … فذكره موقوفاً.
قلت: فهذا سند صحيح، إن كان الأعمش سمعه من إبراهيم، وعلى كل حال، فعنعنة الأعمش عن إبراهيم مشَّاها الذهبي في الميزان . فالسند قوي. وقد قال الهيثمي (6/ 291) : رجاله رجال الصحيح . هذا وكنت قد خلطت الطرق بعض الطرق ببعض، ذهولا منى، في غوث المكدود بتخريج منتقى ابن الجارود (840) فليصحح من هنا. والله الموفق. وبالحملة، فالحديث إنما يصح موقوفاً على ابن مسعود، أما مرفوعاً فلا، وقد تقدم التحقيق. والله الموفق.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (2666), Ibn al-Jarud (840), Abu Ya’la (juz 8/ hadith no 4973), dan al-Baihaqi (9/71) melalui sanad Hushaym bin Bashir. Katanya: Mughirah bin Miqsam telah khabarkan kepada kami daripada Shibak daripada Ibrahim daripada Hunaiy Ibn Nuwairah daripada ‘Alqamah daripada Ibn Mas’ud, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’.
Segolongan perawi telah meriwayatkannya daripada Husyaim, antaranya: Muhammad Ibn ‘Isa, Ziyad bin Ayyub, dan Zuhair bin Harb. Ya’qub bin Ibrahim al-Dawraqi telah meriwayatkan berbeza dengan mereka. Beliau meriwayatkannya daripada Hushaym sebagaimana sanad tersebut, namun beliau telah mengugurkan Hunaiy daripada sanad tersebut. Ibn Majah telah mengeluarkannya (2681). Ini adalah dua sanad yang berlaku perbezaan dalam riwayat daripada Husyaim dan seterusnya.
Sanad ketiga adalah yang telah diriwayatkan oleh Jarir bin ‘Abd al-Hamid daripada Husyaim daripada Mughirah daripada Ibrahim daripada Hunaiy bin Nuwayrah daripada ‘Alqamah daripada Ibn Mas’ud secara marfu’. Ibn Hibban telah mengeluarkannya (juz 7/ hadith : 5962), tidak disebutkan Syibak al-Dhabbi. Sanad keempat pula, diriwayatkan oleh Suraij bin al-Nu’man daripada Hushaym, katanya al-Mughirah telah meberitahu kami daripada Ibrahim daripada ‘Aqlamah daripada Ibn Mas’ud secara marfu’. Imam Ahmad (1/393) telah mengeluarkannya, kata beliau Suraij telah menceritakan kepada kami dan seterusnya. Tidak disebutkan Syibak al-Dhabbi dan Hunaiy bin Nuwairah.
Saya berkata: Ini merupakan perbezaan yang sangat ketara daripada Husyaim bagi hadith ini. Rajih di sisi saya berhubung perbezaan ini adalah sanad pertama yang telah diriwayatkan oleh Muhammad bin ‘Isa dan lain-lain. Tambahan pula, terdapat sokongan bagi sanad Husyaim, ianya telah disokong oleh Syu’bah bin al-Hajjaj. Syu’bah telah meriwayatkannya daripada Mughirah daripada Shibak daripada Ibrahim daripada Hunaiy bin Nuwairah daripada ‘Alqamah daripada Ibn Mas’ud secara marfu’. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Majah (2682) dan Abu Ya’la (juz 8 / hadith : 4974), kedua mereka berkata: ‘Uthman bin Abi Shaybah telah menceritakan kepada kami, katanya Ghundar telah menceritakan kepada kami daripada Syu’bah dan seterusnya. Sanad ‘Uthman tersebut telah diriwayatkan berbeza. Al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan berbeza dengan ‘Uthman. Beliau meriwayatkan dalam Musnadnya (1/393), katanya: Muhammad telah menceritakan kepada kami daripada Syu’bah dan seterusnya, namun Ahmad menggugurkan perawi bernama Shibak. Muhammad iaitu Ibn Ja’far, Ghundar. Ahmad bin Hanbal lebih Thiqah berbanding ‘Uthman bin Abi Shaybah, tanpa ragu-ragu. Namun, riwayat ‘Uthman adalah yang mahfuz (terpelihara) menurut pandangan saya kerana menyamai riwayat segolongan perawi-perawi yang Thiqah daripada Hushaym seperti dalam riwayat Abu Daud dan lain-lain. Manakala, riwayat al-Imam Ahmad, masalahnya adalah terletak pada tadlisnya al-Mughirah bin Miqsam. Saya berpandangan beliau telah melakukan tadlis terhadap Shibak lalu membuangnya. Mengambil sanad yang mempunyai penambahan perawiadalah lebih patut. Wallahua’lam.
Al-Syeikh Abu al-Ashbal Ahmad bin Muhammad Shakir telah terpedaya dengan zahir sanad yang terdapat dalam al-Musnad, lalu al-Syeikh Ahmad Shakir (5/275): "Sanadnya sahih". Ketika kami menilai rajah sanad yang pertama berbanding yang lain, kami memerhatikan dan kami melihat adanya ‘an’anah oleh al-Mughirah dan Shibak al-Dhabbi. Kemudian, Hunaiy bin Nuwairah, beliau telah dinilai thiqah oleh Ibn Hibban, tidak ada perawi yang meriwayatkan daripada beliau selain Ibrahim al-Nakha’ie dan seorang perawi yang disebut gelarannya sebagai Abu Jabirah, namun saya tidak mengenalinya. Penilaian thiqah oleh Ibn Hibban terhadap perawi pada peringkat ini dan keatas termasuk perkara yang perlu ditahan oleh pengkaji (daripada menerima tanpa pemeriksaan) kerana sikap bermudah-mudah beliau dalam memberi penilaian.
Manakala, kata-kata Abu Daud juga mengulas dengan katanya: Beliau termasuk dalam kalangan ahli-ahli ibadah bukan bermaksud beliau menilai sebagai Thiqah sebagaimana zahirnya. Oleh itu, kata-kata al-Syeikh Abu al-Ashbal terhadap Hunaiy bahawa beliau Thiqah adalah suatu ungkapan berlebih-lebihan yang makrud di sisi ahli ilmu dalam bidang hadith. Kemudian, saya telah menemui satu sanad lain bagi hadith tersebut daripada Ibrahim. Ianya telah dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq dalam al-Mushannaf (18232), juga melalui sanadnya turut dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 9/hadith : 9737) daripada Sufyan al-Thauri daripada al-A’mash daripada Ibrahim daripada ‘Alqamah, katanya: Ibn Mas’ud telah berkata….lalu beliau menyebutkan lafaznya secara Mawquf.
Saya berkata: Sanad ini adalah sahih sekiranya al-A’mash mendengar hadith itu daripada Ibrahim. Apapun, ‘an’anah al-A’mash daripada Ibrahim diberikan pengecualian oleh al-Zahabi dalam al-Mizan. Oleh itu, sanad tersebut adalah kuat. Al-Haythami berkata (6/291): Perawi-perawinya adalah perawi-perawi yang sahih. Hadith ini, dulu saya pernah mencampur adukkan sebahagian sanad dengan sebahagian yang lain kerana sifat terlupa yang berpunca daripada saya dalam Ghauth al-Makdud Bi Takhrij Muntaqa Ibn al-Jarud (840), maka diperbetulkan disini. Allahlah Pemberi Petunjuk. Maka, hadith tersebut hanyalah sahih secara mawquf kepada Ibn Mas’ud, adapun secara marfu’ maka ianya tidak sahih. Telah disebutkan penelitiannya. Allah yang memberi petunjuk.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs