Sesungguhnya antara kesempurnaan iman seseorang itu adalah dia mengucapkan in sya Allah

TEKS BAHASA ARAB

إن من تمام إيمان العبد أن يستثني في كل حديثه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya antara kesempurnaan iman seseorang itu adalah dia mengucapkan in sya Allah pada setiap percakapannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أبو هريرة «إن من تمام إيمان العبد أن يستثني في كل حديثه» أعله بمعارك بن عباد، منكر. قلت في الحكم بوضعه نظر.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, "Sesungguhnya antara kesempurnaan iman seseorang itu adalah dia mengucapkan in sya Allah pada setiap percakapannya". Hadis ini dinilai sebagai cacat kerana adanya Ma’arik Bin Ibad, iaitu seorang perawi yang munkar. Aku berpendapat dalam menghukumi hadis ini sebagai palsu masih ada perselisihan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs