TEKS BAHASA ARAB
إن من كرامة المؤمن على الله: نقاء ثوبه، ورضاه باليسير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya antara kemuliaan seorang mukmin itu ke atas Allah adalah: Bersihnya pakaiannya, dan redanya dia dengan yang sedikit.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 85, hadis nombor 420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: إن من كرامة المؤمن على الله: نقاء ثوبه، ورضاه باليسير.
[طب، ((الضعيفة)) (4525)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya antara kemuliaan seorang mukmin itu ke atas Allah adalah: Bersihnya pakaiannya, dan redanya dia dengan yang sedikit”.
[Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4525]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.