Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ منْ كرامةِ المؤمنِ على اللهِ: نقاءَ ثوبِهِ، ورضاهُ باليسيرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya antara kemuliaan seorang mukmin itu ke atas Allah adalah: Bersihnya pakaiannya, dan redanya dia dengan yang sedikit.
Sahabat Perawi
- Ibn ‘Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 85, hadis no. 420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: إن من كرامة المؤمن على الله: نقاء ثوبه، ورضاه باليسير. [طب، ((الضعيفة)) (4525)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya antara kemuliaan seorang mukmin itu ke atas Allah adalah: Bersihnya pakaiannya, dan redanya dia dengan yang sedikit”. [Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4525]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman