Sesungguhnya antara kebahagiaan seseorang itu ialah istikharahnya kepada Tuhannya dan keredaan dengan ketetapan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إن من سعادة المرء استخارته لربه، ورضاه بما قضى، وإن من شقاوة العبد تركه الاستخارة، وسخطه بما قضى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya antara kebahagiaan seseorang itu ialah istikharahnya kepada Tuhannya dan keredaan dengan ketetapan-Nya. Manakala sesungguhnya antara kesengsaraan seseorang hamba itu ialah dia meninggalkan istikharah dan kebenciannya terhadap apa Dia tetapkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 539, hadis nombor 2840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن أبي وقاص – رضي الله عنه – أن رسول الله ﷺ قال: «إن من سعادة المرء استخارته لربه، ورضاه بما قضى، وإن من شقاوة العبد تركه الاستخارة، وسخطه بما قضى». [ع، البزار، «الضعيفة» (6212)].

(Lemah) Daripada Sa‘d bin Abu Waqqāṣ RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya antara kebahagiaan seseorang itu ialah istikharahnya kepada Tuhannya dan keredaan dengan ketetapan-Nya. Manakala sesungguhnya antara kesengsaraan seseorang hamba itu ialah dia meninggalkan istikharah dan kebenciannya terhadap apa Dia tetapkan". [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya dan al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6212].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs