Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya antara kebahagiaan seseorang itu ialah istikharahnya kepada Tuhannya dan keredaan dengan ketetapan-Nya

Teks Bahasa Arab

إنَّ مِن سعادةِ المرءِ استخارتُه لربِّهِ، ورِضاه بما قضَى، وإنَّ من شَقاوةِ العبدِ تركُهُ الاستِخارةَ، وسُخطُه بما قضَى.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya antara kebahagiaan seseorang itu ialah istikharahnya kepada Tuhannya dan keredaan dengan ketetapan-Nya. Manakala sesungguhnya antara kesengsaraan seseorang hamba itu ialah dia meninggalkan istikharah dan kebenciannya terhadap apa Dia tetapkan.

Sahabat Perawi

  1. Sa‘d bin Abu Waqqāṣ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 539, hadis no. 2840.

(ضعيف) عن سعد بن أبي وقاص - رضي الله عنه - أن رسول الله ﷺ قال: «إن من سعادة المرء استخارته لربه، ورضاه بما قضى، وإن من شقاوة العبد تركه الاستخارة، وسخطه بما قضى». [ع، البزار، «الضعيفة» (6212)].

(Lemah) Daripada Sa‘d bin Abu Waqqāṣ RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya antara kebahagiaan seseorang itu ialah istikharahnya kepada Tuhannya dan keredaan dengan ketetapan-Nya. Manakala sesungguhnya antara kesengsaraan seseorang hamba itu ialah dia meninggalkan istikharah dan kebenciannya terhadap apa Dia tetapkan". [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya dan al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6212].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.