Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ مِنَ المُنْشآتِ التى كُنَّ في الدنيا عجائِزَ عُمْشًا رُمْصًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya antara al-Munsya'at (bidadari syurga yang dimudakan semula) ialah perempuan tua yang rabun dan berselaput putih.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1827, hadis no. 9213. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس –رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إن من (المنشآت) التي كُنَّ في الدنيا عجائز عُمْشاً رُمْصاً)). [ت، ((الضعيفة)) (3204)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya antara al-Munsya'at (bidadari syurga yang dimudakan semula) ialah perempuan tua yang rabun dan berselaput putih. [Riwayat Sunan al-Tirmiẓī. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3204]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman