TEKS BAHASA ARAB
إن الولد لفتنة لقد قمت إليه وما أعقل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya anak itu adalah ujian. Saya bangun menuju ke arahnya tanpa berfikir panjang.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1083, hadis nombor 5514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن يحيى بن أبي كثيرأن النبي صلى الله عليه وسلم سمع بكاء الحسن والحسين فقام فزعًا فقال: إن الولدَ لفتنةٌ لقد قمتُ إليه وما أعْقِلُ. [ش، الضعيفة (6265)].
(Munkar) Daripada Yahya bin Abu Kathir, apabila Nabi SAW mendengar tangisan al-Hasan dan al-Husain, Baginda segera bangkit kerana takut, lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya anak itu adalah ujian. Saya bangun menuju ke arahnya tanpa berfikir panjang. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6265]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.