Sesungguhnya amalan yang paling Allah SWT sukai selepas ibadah fardu adalah memberikan kegembiraan kepada orang Islam

TEKS BAHASA ARAB

إن أحب الأعمال إلى الله بعد الفرائض إدخال السرور على المسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya amalan yang paling Allah SWT sukai selepas ibadah fardu adalah memberikan kegembiraan kepada orang Islam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 32, hadis nombor 117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر-رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أحب الأعمال إلى الله بعد الفرائض إدخال السرور على المسلم)).
[طب، ((الضعيفة))(2163)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya amalan yang paling Allah SWT sukai selepas ibadah fardu adalah memberikan kegembiraan kepada orang Islam.
[Riwayat al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2163]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs