Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن أَحَبَّ الأعمالِ إلى اللهِ بعد الفرائضِ إدخالُ السُّرورِ على المسلمِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya amalan yang paling Allah SWT sukai selepas ibadah fardu adalah memberikan kegembiraan kepada orang Islam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 32, hadis no. 117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر-رضي الله عنهما - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أحب الأعمال إلى الله بعد الفرائض إدخال السرور على المسلم)). [طب، ((الضعيفة))(2163)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya amalan yang paling Allah SWT sukai selepas ibadah fardu adalah memberikan kegembiraan kepada orang Islam. [Riwayat al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2163]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman