Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أفضلَ عملِ المؤمنِ الجهادُ في سبيلِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya amalan terbaik seorang yang beriman ialah jihad di jalan Allah.
Sahabat Perawi
- Bilal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 988, hadis no. 5089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Dhaif) Daripada Abdullah bin Muhammad dan Umar dan Ammar Abu Hafs daripada ayah-ayah mereka daripada datuk-datuk mereka berkata: Bilal datang menemui Abu Bakr RA, lalu berkata: Wahai khalifah Rasulullah! Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya amalan terbaik seorang yang beriman ialah jihad di jalan Allah. Dan sesungguhnya aku ingin menjadikan diriku berkawal di jalan Allah sehinggalah aku meninggal dunia. Lantas Abu Bakr berkata: Aku menyerumu dengan nama Allah wahai Bilal, dan dengan kemuliaanku dan hakku, umurku telah tua, kekuatanku semakin lemah, dan ajalku semakin hampir. Bilal pun tinggal bersamanya. Apabila Abu Bakr RA meninggal dunia, Umar pun datang memberitahunya seperti yang disebutkan oleh Abu Bakr. Bilal tidak mahu. Umar RA pun berkata: Kalau begitu, siapa, wahai Bilal? Dia menjawab: Kepada Sa’ad, kerana sesungguhnya dia telah azan di Quba’ ketika zaman Rasulullah SAW. Umar pun menjadikan urusan azan kepada Sa’ad dan keturunan selepasnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-kabir dan Ibn Adiy dalam al-Kamil fiḍ-Ḍu’afa’. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2979]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman