Sesungguhnya amalan kamu akan ditunjukkan kepada saudara kamu dan keluarga kamu yang sudah mati

TEKS BAHASA ARAB

إن أعمالكم تعرض على أقاربكم وعشائركم من الأموات، فإن كان خيرا استبشروا به، وإن كان غير ذلك قالوا: اللهم لا تمتهم حتى تهديهم كما هديتنا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya amalan kamu akan ditunjukkan kepada saudara kamu dan keluarga kamu yang sudah mati, jika ianya baik maka mereka akan bergembira dengannya, jika ia tidak baik maka mereka akan berkata: Ya Allah! Janganlah Engkau matikan mereka sehinggalah Engkau memberinya petunjuk sebagaimana Engkau telah beri kepada kami.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1720, hadis nombor 8645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس ابن مالك -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((إن أعمالكم تعرض على أقاربكم وعشائركم من الأموات، فإن كان خيرا استبشروا به، وإن كان غير ذلك قالوا: اللهم لا تمتهم حتى تهديهم كما هديتنا.)) [حم، ((الضعيفة))(863)].

[Lemah] Daripada Anas Bin Malik RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW]: ((Sesungguhnya amalan kamu akan ditunjukkan kepada saudara kamu dan keluarga kamu yang sudah mati, jika ianya baik maka mereka akan bergembira dengannya, jika ia tidak baik maka mereka akan berkata: Ya Allah! Janganlah Engkau matikan mereka sehinggalah Engkau memberinya petunjuk sebagaimana Engkau telah beri kepada kami.))
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dai'fah no. 863].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs