Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أفضلَ عملِ المؤمنِ الجهادُ في سبيلِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya amal seorang Mukmin yang paling utama ialah berjihad di jalan Allah SWT.
Sahabat Perawi
- Sekumpulan lelaki dalam kalangan sahabat
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1028, hadis no. 5280. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada sekumpulan lelaki (dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW), mereka berkata: Pada suatu hari, Bilal RA datang menemui Abu Bakr RA kemudian berkata: “Wahai khalifah Rasulullah SAW! Sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amal seorang Mukmin yang paling utama ialah berjihad di jalan Allah SWT.” Saya hendak menyerahkan diri saya sepenuhnya untuk berkhidmat dalam jihad di jalan Allah sehingga saya mati. Maka, Abu Bakr berkata: “Saya menasihati kamu kerana Allah, wahai Bilal, juga atas dasar kehormatan diriku dan hak diriku (menasihatimu), sesungguhnya diriku telah dimamah usia, kekuatanku juga mulai melemah, ajalku hampir tiba.” Lantas, Bilal tetap setia di sisi Abu Bakr. Ketika Abu Bakr RA meninggal dunia, Umar RA berkata perkataan yang sama seperti yang dikatakan oleh Abu Bakr, namun Bilal tetap tekad untuk melakukan azamnya itu, lantas Umar RA berkata: “Maka, siapa yang akan menggantikan tempatmu (sebagai muazzin)? (Bilal) berkata: (Gantikan tempatku) dengan Sa’d, kerana beliau pernah melaungkan azan di Quba’ ketika zaman Rasulullah SAW, maka ‘Umar RA pun melantik Sa’d dan orang lain yang semisal dengannya.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 7065]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman