Sesungguhnya amal kebaikan tidak sepadan kecuali bagi orang yang mempunyai agama

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن المعروف لا يصلح إلا لذي دين، أو لذي حسب، أو لذي حلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya amal kebaikan tidak sepadan kecuali bagi orang yang mempunyai agama, atau keturunan, atau kelembutan (yakni: (kebiasaannya tidak dilakukan kecuali oleh mereka yang bersifat sedemikian).

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 862, hadis nombor 4402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن المعروف لا يصلح إلا لذي دين، أو لذي حسب، أو لذي حلم)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (779)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’: “Sesungguhnya amal kebaikan tidak sepadan kecuali bagi orang yang mempunyai agama, atau keturunan, atau kelembutan (yakni: (kebiasaannya tidak dilakukan kecuali oleh mereka yang bersifat sedemikian).”
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 779].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.