Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi telah melaknat satu keturunan daripada kalangan jin

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ تبارك وتعالى لعن سبطًا من الجنِّ؛ فمسخَهم دوابَّ في الأرضِ، فهذه الكلابُ السودُ هي من الجنِّ، وهي تتَّقِيه (!) القُرى.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi telah melaknat satu keturunan daripada kalangan jin, lalu Dia mengubah mereka menjadi binatang di atas muka bumi. Jadi, anjing-anjing hitam ini adalah daripada kalangan jin dan ia dihindari oleh perkampungan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 426, hadis no. 2296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لولا أن الكلاب أمة من الأمم؛ لأمرت بقتلها، فاقتلوا منها كل أسود بَهيم». قال: فقلت لأبي هريرة: ما بال أسودها من أحمرها؟ فقال أبو هريرة: قلت لرسول الله ﷺ كما قلت؛ فقال: «إن الله تبارك وتعالى لعن سبطا من الجن؛ فمسخهم دوابّ في الأرض، فهذه الكلاب السود هي من الجن، وهي تتقيه (!) القرى». [عبد بن حميد، «الضعيفة» (6049)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Kalaulah bukan kerana anjing-anjing itu adalah salah satu umat daripada sekalian umat, nescaya aku akan perintahkan agar mereka dibunuh. Justeru, bunuhlah semua yang berwarna hitam legam". Beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah: "Kenapa dengan yang hitam berbanding yang merah?" Abu Hurairah berkata: "Aku juga bertanya kepada Rasulullah ﷺ seperti mana yang kamu tanyakan, lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi telah melaknat satu keturunan daripada kalangan jin, lalu Dia mengubah mereka menjadi binatang di atas muka bumi. Jadi, anjing-anjing hitam ini adalah daripada kalangan jin dan ia dihindari oleh perkampungan." [Riwayat ‘Abd bin Humayd. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6049].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.