Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi telah melaknat segolongan jin lalu mengubah mereka menjadi binatang yang melata di bumi

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تبارك وتعالى – لعن سبطا من الجن؛ فمسخهم دواب في الأرض، فهذه الكلاب السود هي من الجن، وهي تتقّيه (!) القرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi telah melaknat segolongan jin lalu mengubah mereka menjadi binatang yang melata di bumi. Maka anjing-anjing hitam inilah yang merupakan golongan jin dan merekalah yang ditakuti (!) oleh kampung-kampung.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 536, hadis nombor 2831. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لولا أن الكلاب أمة من الأمم؛ لأمرت بقتلها، فاقتلوا منها كل أسود بهیم»، قال: فقلت لأبي هريرة: ما بال أسودها من أحمرها؟ فقال أبو هريرة: قلت لرسول الله ﷺ کما قلت؛ فقال: «إن الله – تبارك وتعالى – لعن سبطا من الجن؛ فمسخهم دواب في الأرض، فهذه الكلاب السود هي من الجن، وهي تتقّيه (!) القرى». [عبد بن حمید، «الضعيفة» (6049)].

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Kalau bukan kerana anjing-anjing itu merupakan satu umat daripada kalangan umat, nescaya aku akan perintahkan agar mereka dibunuh. Hendaklah kalian membunuh kalangannya yang hitam legam.” Lalu aku bertanya kepada Abū Hurairah: “Kenapa dengan (anjing) yang hitam berbanding yang merah?” Maka Abū Hurairah menjawab: “Aku telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ sebagaimana yang kamu tanya, lalu Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi telah melaknat segolongan jin lalu mengubah mereka menjadi binatang yang melata di bumi. Maka anjing-anjing hitam inilah yang merupakan golongan jin dan merekalah yang ditakuti (!) oleh kampung-kampung”. [Riwayat ‘Abd bin Ḥumayd dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6049].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.