Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ - تباركَ وتعَالَى - لَعَنَ سبْطاً من الجنِّ؛ فَمَسَخَهُمْ دَوَابَّ في الأرضِ، فهذه الكلابُ السودُ هي من الجنِّ، وهي تتقّيه (!) القرى.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi telah melaknat segolongan jin lalu mengubah mereka menjadi binatang yang melata di bumi. Maka anjing-anjing hitam inilah yang merupakan golongan jin dan merekalah yang ditakuti (!) oleh kampung-kampung.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 536, hadis no. 2831.
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لولا أن الكلاب أمة من الأمم؛ لأمرت بقتلها، فاقتلوا منها كل أسود بهیم»، قال: فقلت لأبي هريرة: ما بال أسودها من أحمرها؟ فقال أبو هريرة: قلت لرسول الله ﷺ کما قلت؛ فقال: «إن الله - تبارك وتعالى - لعن سبطا من الجن؛ فمسخهم دواب في الأرض، فهذه الكلاب السود هي من الجن، وهي تتقّيه (!) القرى». [عبد بن حمید، «الضعيفة» (6049)].
(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Kalau bukan kerana anjing-anjing itu merupakan satu umat daripada kalangan umat, nescaya aku akan perintahkan agar mereka dibunuh. Hendaklah kalian membunuh kalangannya yang hitam legam.” Lalu aku bertanya kepada Abū Hurairah: “Kenapa dengan (anjing) yang hitam berbanding yang merah?” Maka Abū Hurairah menjawab: “Aku telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ sebagaimana yang kamu tanya, lalu Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi telah melaknat segolongan jin lalu mengubah mereka menjadi binatang yang melata di bumi. Maka anjing-anjing hitam inilah yang merupakan golongan jin dan merekalah yang ditakuti (!) oleh kampung-kampung”. [Riwayat ‘Abd bin Ḥumayd dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6049].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman