Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi mengutuskan dua malaikat buat hamba-Nya yang mukmin untuk mencatat amalannya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تبارك وتعالى – وكل بعبده المؤمن ملكين يكتبان عمله، فإذا مات؛ قال الملكان اللذان وكّلا به يكتبان عمله: قد مات؛ فأذن لنا أن نصعد إلى السماء؟ فيقول الله – عز وجل -: سمائي مملوءة من ملائكتي يسبحوني. فيقولان: أفنقيم في الأرض؟ فيقول الله – عز وجل -: أرضي مملوءة من خلقي يسبحوني. فيقولان: فأين؟ فيقول: قوما على قبر عبدي – أو: عند قبر عبدي -؛ فسبحاني، واحمداني، وكبراني، واكتبا ذلك لعبدي إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi mengutuskan dua malaikat buat hamba-Nya yang mukmin untuk mencatat amalannya. Apabila hamba tersebut meninggal dunia, maka dua malaikat yang diwakilkan untuk mencatat amalannya akan berkata: “Dia telah meninggal dunia, maka izinkan kami untuk naik ke langit?” Lalu Allah Azzawajalla menjawab: "Langit-Ku telah penuh dengan para malaikat yang bertasbih kepada-Ku". Lalu mereka bertanya: “Apakah kami akan menetap di bumi?” Allah Azzawajalla menjawab: "Bumiku penuh dengan ciptaan-Ku yang bertasbih kepada-Ku". Maka mereka berdua bertanya: “Lalu di mana?” Allah menjawab: "Kalian berdua menetaplah di atas kubur hamba-Ku – atau di kubur hamba-Ku –, lalu bertasbihlah, bertahmidlah, bertakbirlah kepada-Ku, serta catatkanlah yang demikian itu untuk hamba-Ku sehingga ke hari kiamat".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 536, hadis nombor 2832. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – أن النبي ﷺ قال: «إن الله – تبارك وتعالى – وكل بعبده المؤمن ملكين يكتبان عمله، فإذا مات؛ قال الملكان اللذان وكّلا به يكتبان عمله: قد مات؛ فأذن لنا أن نصعد إلى السماء؟ فيقول الله – عز وجل -: سمائي مملوءة من ملائكتي يسبحوني. فيقولان: أفنقيم في الأرض؟ فيقول الله – عز وجل -: أرضي مملوءة من خلقي يسبحوني. فيقولان: فأين؟ فيقول: قوما على قبر عبدي – أو: عند قبر عبدي -؛ فسبحاني، واحمداني، وكبراني، واكتبا ذلك لعبدي إلى يوم القيامة». [ابن راهويه، أبو الشيخ في «العظمة»، هب، ابن الجوزي، «الضعيفة» (6128)].

(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA bahawa Nabi ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi mengutuskan dua malaikat buat hamba-Nya yang mukmin untuk mencatat amalannya. Apabila hamba tersebut meninggal dunia, maka dua malaikat yang diwakilkan untuk mencatat amalannya akan berkata: “Dia telah meninggal dunia, maka izinkan kami untuk naik ke langit?” Lalu Allah Azzawajalla menjawab: "Langit-Ku telah penuh dengan para malaikat yang bertasbih kepada-Ku". Lalu mereka bertanya: “Apakah kami akan menetap di bumi?” Allah Azzawajalla menjawab: "Bumiku penuh dengan ciptaan-Ku yang bertasbih kepada-Ku". Maka mereka berdua bertanya: “Lalu di mana?” Allah menjawab: "Kalian berdua menetaplah di atas kubur hamba-Ku – atau di kubur hamba-Ku –, lalu bertasbihlah, bertahmidlah, bertakbirlah kepada-Ku, serta catatkanlah yang demikian itu untuk hamba-Ku sehingga ke hari kiamat". [Riwayat Ibn Rāhawayh dalam al-Musnad, Abū al-Shaykh dalam al-‘Aẓamah, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān dan Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍu‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6128].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs