Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiga perkara jika dilakukan oleh kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله كره لكم ثلاثا: اللغو عند القرآن، ورفع الصوت في الدعاء، والتخصر في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiga perkara jika dilakukan oleh kamu: Lagha (lalai) ketika membaca al-Quran, meninggikan suara ketika berdoa dan bercekak pinggang semasa solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 272, hadis nombor 1413. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يحيى بن أبي كثير مرفوعا: ((‌إن ‌الله ‌كره ‌لكم ‌ثلاثا: ‌اللغو ‌عند ‌القرآن، ‌ورفع ‌الصوت ‌في ‌الدعاء، ‌والتخصر ‌في ‌الصلاة)).
[عب، ابن مبارك، ((الضعيفة)) (‌‌3078)]

(Lemah)
Daripada Yahya bin Abi Katsir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiga perkara jika dilakukan oleh kamu: Lagha (lalai) ketika membaca al-Quran, meninggikan suara ketika berdoa dan bercekak pinggang semasa solat.
[Riwayat Musannaf 'Abd al-Razzaq, Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3078]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.