Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهُ يُبْغِضُ الوسخَ والشَعِثَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang tidak menjaga kebersihan diri dan tidak menjaga kekemasan rambut.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1616, hadis no. 8151. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((إن الله يبغض الوسخ والشعث)). [هب، فر، ((الضعيفة)) (2325)].
(Palsu) Daripada Aisyah RHA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang tidak menjaga kebersihan diri dan tidak menjaga kekemasan rambut.)) [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2325].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman