Sesungguhnya Allah tidak menyukai buat kamu al-Bayan (percakapan yang banyak), iaitu keseluruhan al-Bayan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل كره لكم البيان، كل البيان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menyukai buat kamu al-Bayan (percakapan yang banyak yang bersifat sombong), iaitu keseluruhan al-Bayan (tidak mengira apa pun jenisnya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147, hadis nombor 740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَرِهَ لَكُمِ الْبَيَانَ، كُلَّ الْبَيَانِ)). [طب، ((الضعيفة)) (7087)]

(Lemah)
Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menyukai buat kamu al-Bayan (percakapan yang banyak yang bersifat sombong), iaitu keseluruhan al-Bayan (tidak mengira apa pun jenisnya).
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7087]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.