Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَرِهَ لَكُمِ الْبَيَانَ، كُلَّ الْبَيَانِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menyukai buat kamu al-Bayan (percakapan yang banyak yang bersifat sombong), iaitu keseluruhan al-Bayan (tidak mengira apa pun jenisnya).
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147, hadis no. 740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَرِهَ لَكُمِ الْبَيَانَ، كُلَّ الْبَيَانِ)). [طب، ((الضعيفة)) (7087)]
(Daif) Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menyukai buat kamu al-Bayan (percakapan yang banyak yang bersifat sombong), iaitu keseluruhan al-Bayan (tidak mengira apa pun jenisnya). [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7087]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman