Sesungguhnya Allah tidak menjadikan Nabi SAW banyak membuat kesilapan dalam pertuturan

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى لم يجعلني لحانا؛ اختار لي خير الكلام: كتابه القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak menjadikan aku banyak membuat kesilapan dalam pertuturan. Dia memilih untukku sebaik-baik kalam: Kitab-Nya iaitu al-Quran.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1580, hadis nombor 7995. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابي هريرة – رضي الله عنه-، قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله تعالى لم يجعلني لحانا؛ اختار لي خير الكلام: كتابه القرآن)). [فر، ((الضعيفة)) (7089)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah tidak menjadikan aku banyak membuat kesilapan dalam pertuturan. Dia memilih untukku sebaik-baik kalam: Kitab-Nya iaitu al-Quran.))
[Riwayat al-Daylamī di dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.7089].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs