Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan aku sebagai pencela mahupun pelaknat

Teks Bahasa Arab

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَمْ يَبْعَثْنِي طَعَّانًا وَلَا لَعَّانًا وَلَكِنْ بَعَثَنِي دَاعِيَةَ وَرَحْمَةٍ اللَّهُمَّ اغْفر لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan aku sebagai pencela mahupun pelaknat. Sebaliknya Dia mengutuskan aku sebagai pendakwah dan sebagai satu rahmat. Wahai Allah, ampunkanlah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

Sahabat Perawi

  1. ‘Abdullah bin ‘Ubaid RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1106, hadis no. 5604. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عبيد قال: لما كسرت رباعية رسول الله صلى الله عليه وسلم وشج في جبهته فجعلت الدماء تسيل على وجهه، قيل: يا رسول الله ادع الله عليهم فقال: إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَمْ يَبْعَثْنِي طَعَّانًا وَلَا لَعَّانًا وَلَكِنْ بَعَثَنِي دَاعِيَةَ وَرَحْمَةٍ، اللَّهُمَّ اغْفر لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ. [هب، الضعيفة (7088)].

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Ubaid, beliau menceritakan: Tatkala gigi hadapan Rasulullah SAW patah, dan dahi Baginda terluka sehingga darah mengalir di wajah Baginda. Dikatakan kepada Baginda: Wahai Rasulullah, doalah keburukan untuk mereka. Baginda SAW bersabda,: Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan aku sebagai pencela mahupun pelaknat. Sebaliknya Dia mengutuskan aku sebagai pendakwah dan sebagai satu rahmat. Wahai Allah, ampunkanlah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7088].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.