Sesungguhnya Allah tidak mengutus aku sebagai seorang yang mencela atau melaknat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله لم يبعثني طعانا ولا لعانا، ولكن بعثني داعية ورحمة، اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak mengutus aku sebagai seorang yang mencela atau melaknat, akan tetapi Dia mengutus aku sebagai seorang penyeru dan bersifat rahmah. Ya Allah, ampunkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147, hadis nombor 741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عبيد، قال: لما كُسرت رباعية رسول الله صلى الله عليه وسلم وشُج في جبهته، فجعلت الدماء تسيل على وجهه، قيل: يا رسول الله، ادعُ الله عليهم، فقال صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَبْعَثْنِي طَعَّانًا وَلَا لَعَّانًا، وَلَكِنْ بَعَثَنِي دَاعِيَةً وَرَحْمَةً، اللَّهُمَّ اغْفر لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ)). [هب، ((الضعيفة)) (7088)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Ubayd, beliau berkata: Tatkala patahnya gigi Rasulullah SAW serta berlakunya kecederaan pada dahi baginda, sehingga mengalirnya darah di wajah baginda, dikatakan kepadanya: Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah akan keburukan buat mereka. Lalu baginda SAW berkata: Sesungguhnya Allah tidak mengutus aku sebagai seorang yang mencela atau melaknat, akan tetapi Dia mengutus aku sebagai seorang penyeru dan bersifat rahmah. Ya Allah, ampunkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7088]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs